Detail Cantuman
Advanced Search
E-Jurnal
Perkembangan Institusi Islam di Sarawak Sebelum Pembentukan Malaysia (Progression of Islamic institution in Sarawak before the formation of Malaysia). E-jurnal
Ketika pemerintahan Kesultanan Brunei sehinggalah kepada penjajahan James Brooke di Sarawak
menunjukkan landskap politik dan geografi yang berubah sama sekali. James Brooke mula campur
tangan dalam hal ehwal Sarawak. Dia mula menakluki dari Tanjung Datu sehingga Batang Samarahan
dan kemudiannya menguasai wilayah Brunei dari Simanggang ke wilayah sempadan Brunei. Pasca
Perang Dunia kedua penjajahan Barat menjadi kukuh walaupun perjanjian asal antara Brunei dan
Brooke iaitu mengawal pentadbiran dan pembangunan ekonomi dan tidak boleh mengganggu adat
orang Melayu dan Islam, tetapi akhirnya penjajahan menguasai secara mutlak. Ini termasuk undangundang Islam pada era James Brooke yang memperkenalkan Native Mohammedan Probate dan
Mahkamah Perceraian. Objektif artikel ini ialah untuk menghuraikan perkembangan dari aspek institusi
Islam sebelum pembentukan Malaysia dan perkembangan sosial masyarakat Islam di Sarawak. Artikel
ini mengaplikasikan kaedah sejarah Kuntowijoyo iaitu heuristik (pengumpulan bahan sejarah), kritikan
dalaman dan luaran, tafsiran sejarah dan pensejarahan. Hasil dari artikel ini menunjukkan bahawa
tekanan kerajaan British selepas Sarawak diserahkan oleh Vyner Brooke kepada British tidak
memburukkan institusi Islam yang ditubuhkan pada zaman Brooke dan selepasnya. Namun demikian,
sosio masyarakat Islam sedikit sebanyak terpengaruh dengan budaya barat.
Ketersediaan
P00080 | 2X7.382 | Tersedia namun tidak untuk dipinjamkan - Hilang |
Informasi Detil
Judul Seri |
-
|
---|---|
No. Panggil |
2X7.382
|
Penerbit | Journal of A-Tamddun : ., 2023 |
Deskripsi Fisik |
p 1-14
|
Bahasa |
Indonesia
|
ISBN/ISSN |
-
|
Klasifikasi |
2X7.382
|
Tipe Isi |
-
|
Tipe Media |
-
|
---|---|
Tipe Pembawa |
-
|
Edisi |
Vol. 18 No. 1
|
Subyek | |
Info Detil Spesifik |
-
|
Pernyataan Tanggungjawab |
-
|
Versi lain/terkait
Tidak tersedia versi lain