Detail Cantuman
Advanced Search
E-Jurnal
Kepentingan Aspek Keterangan dalam Penulisan Alasan Penghakiman Kes Jenayah Syariah di Malaysia: Satu Analisis. E-Jurnal
Penulisan alasan penghakiman adalah merupakan suatu proses penghakiman yang penting bagi menzahirkan keadilan
di mahkamah. Dalam sebuah kes jenayah syariah, ia melibatkan penjagaan hak dan maruah kerana tertuduh boleh
disabitkan dengan sesuatu kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Oleh itu, penulisan sesuatu alasan penghakiman adalah
amat signifikan dalam menjelaskan bagaimana dan mengapa sesuatu penghakiman itu diputuskan. Salah satu aspek
alasan penghakiman yang perlu dijelaskan ialah aspek keterangan. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisis
penulisan aspek keterangan dalam alasan penghakiman kes jenayah syariah. Penulisan ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh para hakim syarie berkaitannya serta mencadangkan penyelesaian
kepada masalah yang berlaku berhubung penulisan aspek keterangan dalam penulisan alasan penghakiman. Penulisan
ini menggunakan kerangka kajian kualitatif. Penulisan ini mendapati bahawa terdapat beberapa kompenan keterangan
yang penting yang perlu ada dalam sebuah alasan penghakiman dalam sesuatu kes jenayah syariah. Penulisan ini juga
mendapati bahawa aspek keterangan kurang diberi penekanan dalam alasan-alasan penghakiman kes jenayah syariah
malah kebanyakan alasan penghakiman mengulas aspek keterangan terlalu ringkas dan kurang jelas. Justeru, adalah
dicadangkan supaya kefahaman dan penekanan hakim syarie terhadap undang-undang keterangan dalam penulisan
alasan penghakiman kes jenayah syariah dipertingkatkan. Selain itu, penerbitan laporan kes jenayah syariah dalam
Jurnal Hukum perlu diperbanyakkan agar ianya menjadi panduan bagaimana aspek keterangan harus diulas dalam
sesebuah penulisan alasan penghakiman.
Ketersediaan
10900 | 2X4.2 | Tersedia namun tidak untuk dipinjamkan - Hilang |
Informasi Detil
Judul Seri |
-
|
---|---|
No. Panggil |
2X4.2
|
Penerbit | Isalmiyyat : ., 2021 |
Deskripsi Fisik |
p 67 - 77
|
Bahasa |
Indonesia
|
ISBN/ISSN |
-
|
Klasifikasi |
2X4.2
|
Tipe Isi |
-
|
Tipe Media |
-
|
---|---|
Tipe Pembawa |
-
|
Edisi |
Vol. 43(Isu Khas)
|
Subyek | |
Info Detil Spesifik |
-
|
Pernyataan Tanggungjawab |
-
|
Versi lain/terkait
Tidak tersedia versi lain