Detail Cantuman
Advanced Search
E-Jurnal
Impak Penterjemahan Kata Kerja al-Quran Pola Afᶜala bagi Menangani Jurang Leksikal terhadap Mesej al-Quran. E-JURNAL
Penterjemahan al-Quran ke bahasa Melayu merupakan usaha yang sangat mencabar. Antara cabarannya yang utama
ialah kesukaran untuk menangani isu jurang leksikal. Jurang leksikal ialah ketidakwujudan item leksikal yang tepat
dalam bahasa sasaran untuk menjelaskan konsep yang dikemukakan oleh bahasa sumber. Penterjemah perlu mencari
teknik terjemahan terbaik untuk merapatkan jurang leksikal agar hasil terjemahan menepati mesej Allah SWT. Kajian ini
bertujuan untuk menghuraikan impak penterjemahan kata kerja al-Quran pola afᶜala bagi menangani jurang leksikal
terhadap mesej al-Quran. Kajian kualitatif melalui pengaplikasian reka bentuk kajian kes ini melibatkan 32 potongan
ayat al-Quran dan 64 terjemahannya yang dikemukakan oleh Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an
(TPR) dan Al-Qur’an Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QMMT). Bagi merealisasikan objektif, teknik Terjemahan
Intervensi oleh Darwish (2010) diterapkan sebagai rangka kerja teoritikal. Dapatan kajian merumuskan dua impak
utama, iaitu terjemahan yang berjaya merapatkan jurang leksikal serta menghasilkan mesej al-Quran dengan jelas dan
terjemahan yang kurang berjaya merapatkan jurang leksikal dan menjejaskan penyampaian mesej al-Quran. Kejayaan
merapatkan jurang leksikal dibuktikan dengan terjemahan terminologi fikah dan kata kerja al-Quran yang kompleks
yang jelas, pengeksplisitan makna denotasi dan konotasi kata kerja al-Quran serta pengekalan kesantunan bahasa
al-Quran. Ketidaksempurnaan dalam menangani jurang leksikal ini pula dibuktikan dengan kehilangan sebahagian
daripada mesej al-Quran, kekeliruan terhadap konsep terminologi Islam dan penghasilan mesej yang dipengaruhi oleh
cerita isrā’īliyyat. Kajian ini membuktikan bahawa jurang leksikal merupakan cabaran yang kritikal dalam terjemahan
al-Quran disebabkan wujudnya konflik antara kata kerja al-Quran dengan item leksikal bahasa Melayu. Penterjemah
al-Quran perlu memberikan perhatian yang wajar terhadap isu ini bagi menghasilkan terjemahan al-Quran yang
berkualiti.
Ketersediaan
Tidak ada salinan data
Informasi Detil
Judul Seri |
-
|
---|---|
No. Panggil |
-
|
Penerbit | Islamiyyat : ., 2020 |
Deskripsi Fisik |
p 91 - 100
|
Bahasa |
Indonesia
|
ISBN/ISSN |
-
|
Klasifikasi |
NONE
|
Tipe Isi |
-
|
Tipe Media |
-
|
---|---|
Tipe Pembawa |
-
|
Edisi |
42 (Isu Khas)
|
Subyek | |
Info Detil Spesifik |
-
|
Pernyataan Tanggungjawab |
-
|
Versi lain/terkait
Tidak tersedia versi lain