Detail Cantuman
Advanced Search
E-Jurnal
PENGUASAAN KOMUNIKASI ISLAM DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR. E-jurnal
Komunikasi merupakan elemen penting yang harus dikuasai oleh seorang pelajar
yang bergelar mahasiswa. Hal ini kerana, setelah menceburi bidang pekerjaan
majikan akan meletakkan kemahiran komunikasi sebagai salah satu kemahiran
bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh para pekerja yang ingin bekerja sama ada
dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Secara khususnya, kertas kerja ini
bertujuan mengkaji tahap komunikasi Islam yang diaplikasikan oleh mahasiswa
Kuis jabatan al-Quran dan al-Sunnah dengan Komunikasi serta faktor yang
menghalang komunikasi ini tidak berlangsung secara berkesan di dalam kelas.
Kajian yang berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 50 orang sampel pelajar
semester 6, 7 dan 8 dalam program Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Sunnah
dengan Komunikasi. Borang soal selidik digunakan sebagai intrumen kajian. Hasil
dapatan kajian menunjukkan kefahaman mahasisswa terhadap ilmu komunikasi
sangat positif. Manakala, dari sudut kemahiran komunikasi pula, dalam kalangan
mahasiswa terdapat permasalahan dari sudut berdepan denga audien yang
berlainan jantina. Mahasiswa menganggap keadaan yang kekok itu menjadi punca
komunikasi mereka gagal untuk disampaikan kepada audiens ketika sesi
pembentangan. Hasil daripada dapatan kajian, penulis memberikan cadangan
kepada pihak pensyarah agar memperbanyakkan aktiviti komunikasi berkumpulan
antara lelaki dan perempuan seperti forum, perdebatan, dialog dan sebagainya.
Justeru, dengan kajian yang dilakukan ini dapat memberi input yang berguna
kepada pihak universiti untuk menambah baik aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ketika sesi mengajar di dalam kelas dan seterusnya dapat
menigkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar KUIS.
Ketersediaan
Tidak ada salinan data
Informasi Detil
Judul Seri |
-
|
---|---|
No. Panggil |
-
|
Penerbit | ULUM HADITH : ., 2018 |
Deskripsi Fisik |
p 109-119
|
Bahasa |
Indonesia
|
ISBN/ISSN |
2550-1448
|
Klasifikasi |
NONE
|
Tipe Isi |
-
|
Tipe Media |
-
|
---|---|
Tipe Pembawa |
-
|
Edisi |
Vol. 3 No. 2.
|
Subyek | |
Info Detil Spesifik |
-
|
Pernyataan Tanggungjawab |
-
|
Versi lain/terkait
Tidak tersedia versi lain