Detail Cantuman
Advanced Search
E-Jurnal
PENYALAHGUNAAN AYAT AL-QURAN DAN PENYELEWENGAN PUSAT PENGUBATAN ISLAM DI MALAYSIA. E-jurnal
Mutakhir ini, banyak isu-isu berkaitan Islam mendominasi kehidupan masyarakat Malaysia.
Masyarakat Muslim khasnya, sering berhadapan dengan pelbagai polemik dan persoalanpersoalan terutamanya perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan isu ekonomi, politik
dan sosial. Antara isu hangat ialah isu sensitiviti agama yang berkaitan penyalahgunaan ayat
al-Quran sebagai medium untuk melariskan jualan perkhidmatan dan produk. Oleh itu, artikel
ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan ayat-ayat al-Quran yang telah salah digunakan bagi
kepentingan peribadi dalam kalangan pengamal pengubatan Islam di Malaysia. Melalui
metode temu bual dan observasi, kajian ini dijalankan di zon utara dan zon timur Malaysia
untuk mewakili sampel rawak kajian bagi Pusat Pengubatan Islam. Sebanyak 36 orang
pengamal dan 45 orang pesakit dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan,
Terengganu dan Pahang telah ditemu bual dan dijalankan observasi untuk mendapatkan data.Hasil kajian mendapati bahawa penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran dalam kalangan
pengamal pengubatan Islam di Malaysia berlaku dalam empat aspek. Pertama, ayat al-Quran
yang digabungkan dengan jampi serapah yang tidak difahami sehingga bercampur aduk dan
mengelirukan. Kedua, ayat al-Quran yang dibacakan secara terbalik (iaitu bacaan bermula
dari belakang ke pangkal ayat) yang juga dijadikan sebagai bacaan ruqyah atau jampi kepada
pesakit. Ketiga, al-Quran atau ayatnya dijadikan sebagai azimat yang digunakan sebagai
tangkal untuk menolak bala; dan keempat naskhah al-Quran atau sebahagian helaiannya
dijadikan sebagai bahan untuk berdamping dengan makhluk halus. Tegasnya, dapatan
membuktikan wujudnya sebahagian para pengamal menyalahgunakan ayat al-Quran dalam
amalan pengubatan mereka. Justeru dengan menjelaskan fungsi al-Quran secara tepat kepada
masyarakat dan pemantauan terhadap pusat perubatan Islam oleh pihak berkuasa, diharapkan
penyalahgunaan ayat Quran tidak akan berlaku lagi.
Ketersediaan
Tidak ada salinan data
Informasi Detil
Judul Seri |
-
|
---|---|
No. Panggil |
-
|
Penerbit | Journal f Nusantara Studies (Jonus) : ., 2019 |
Deskripsi Fisik |
p 429-448
|
Bahasa |
Indonesia
|
ISBN/ISSN |
0127-9386
|
Klasifikasi |
NONE
|
Tipe Isi |
-
|
Tipe Media |
-
|
---|---|
Tipe Pembawa |
-
|
Edisi |
Vol 4(2)
|
Subyek | |
Info Detil Spesifik |
-
|
Pernyataan Tanggungjawab |
-
|
Versi lain/terkait
Tidak tersedia versi lain