No image available for this title

E-Jurnal

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA. E-jurnal



Harta Sepencarian merupakan amalan yang telah diamalkan sekian lama oleh masyarakat Melayu.
Malah, amalan ini seiring dengan kewujudan adat dalam masyarakat Melayu khususnya Adat Perpatih
dan Adat Temenggung. Adat pula adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam kajian sejarah
khususnya apabila melibatkan asal usul sesuatu amalan dalam sesebuah masyarakat. Maka, artikel ini
akan mengupas amalan pembahagian harta sepencarian dan perkembangannya dalam masyarakat
Melayu menurut sejarah adat. Artikel ini sepenuhnya menggunakan kajian kepustakaan sebagai
metode pengumpulan data dan seterusnya dianalisis melalui analisis kandungan secara bertema dalam
meneliti aspek amalan harta sepencarian yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Beberapa kes harta
sepencarian yang pernah diputuskan oleh Mahkamah juga dijadikan contoh sebagai bukti yang
menunjukkan amalan harta sepencarian ini telah diterima dan diamalkan dalam kalangan masyarakat
Melayu sejak dahulu lagi selain sokongan penulisan akademik yang lain. Oleh itu, artikel ini
mendapati bahawa amalan pembahagian harta sepencarian adalah bukan sesuatu yang baharu, bahkan
ia telah menjadi sebahagian sejarah adat resam orang Melayu bukan sahaja di Malaysia bahkan di
Nusantara Melayu khususnya di Asia Tenggara. Harta Sepencarian yang berasaskan adat tempatan
orang Melayu ini telah diiktiraf oleh hukum syarak dan perundangan di Malaysia sememangnya
mempunyai keunikan serta identiti yang tersendiri.


Ketersediaan

P89082x4.43Tersedia namun tidak untuk dipinjamkan - Hilang

Informasi Detil

Judul Seri
-
No. Panggil
2x4.43
Penerbit Journal of Al- Tamaddun : .,
Deskripsi Fisik
p 95-113
Bahasa
Indonesia
ISBN/ISSN
-
Klasifikasi
2x4.43
Tipe Isi
-
Tipe Media
-
Tipe Pembawa
-
Edisi
Vol. 15 (2)
Subyek
Info Detil Spesifik
-
Pernyataan Tanggungjawab

Versi lain/terkait

Tidak tersedia versi lain


Lampiran Berkas



Informasi


DETAIL CANTUMAN


Kembali ke sebelumnya