Talfiq secara amnya merujuk kepada menghimpunkan beberapa pandangan sehingga terhasilnya satu pandangan yang tidak diakui oleh mana-mana mujtahid. Sebahagian besar fuqaha muta’akhirin menolak keras pengaplikasian konsep talfiq dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum berikutan kesan-kesan negatif yang terhasil daripada konsep tersebut. Namun realiti semasa sebaliknya, keperluan ke…