No image available for this title

E-Jurnal

SUMBANGAN DATO’ DR. HARON DIN TERHADAP PENGHAYATAN AL-QURAN. E-JURNAL



Dato’ Dr. Haron Din (1941-2016) merupakan sebahagian daripada ulama tanah air yang banyak
menyumbang jasa terhadap komuniti Muslim di Malaysia. Beliau diiktiraf ramai pihak termasuk
kerajaan sebagai tokoh yang berpengaruh. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis
ketokohan Dato’ Dr. Haron Din dalam menyampaikan mesej dan gerak kerja dakwah dalam
konteks menyebarkan penghayatan al-Quran. Kajian ini penting dalam memfokuskan
sumbangan beliau dalam lapangan al-Quran dapat dicontohi setelah ketiadaannya. Di samping
itu, kajian ini membuktikan beliau berkomitmen tinggi dalam menyampaikan risalah al-Quran
untuk dihayati dalam kehidupan Muslim. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif
bagi mendapatkan fakta-fakta biografi dan sumbangan Dato’ Dr. Haron Din. Kaedah deskriptif
pula dijalankan bagi menganalisis dan menghuraikan aspek-aspek ketokohan dan fakta-fakta
sumbangan. Dapatan kajian telah menunjukkan Dato’ Dr. Haron Din telah menyumbang
terhadap penghayatan al-Quran menerusi aktiviti penyampaian ilmu, penubuhan Darussyifa’,
ketokohan sebagai pimpinan PAS dan khidmat negara seperti panel penasihat dan Ketua Kluster
Dakwah Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Dalam setiap penglibatannya, dakwah terhadap
al-Quran sering ditekankan hasil daripada pemahamannya yang tinggi terhadap al-Quran dan
pengajian Syariah yang dikuasainya.


Ketersediaan

Tidak ada salinan data


Informasi Detil

Judul Seri
-
No. Panggil
-
Penerbit Ma\'alim al-uranwa al-sunnah : .,
Deskripsi Fisik
p 31-44
Bahasa
Indonesia
ISBN/ISSN
1823-4356
Klasifikasi
NONE
Tipe Isi
-
Tipe Media
-
Tipe Pembawa
-
Edisi
Vol. 16, Special Issue
Subyek
Info Detil Spesifik
-
Pernyataan Tanggungjawab

Versi lain/terkait

Tidak tersedia versi lain


Lampiran Berkas



Informasi


DETAIL CANTUMAN


Kembali ke sebelumnya