Detail Cantuman
Advanced Search
E-Jurnal
Kesan Hukuman Sebat terhadap Pesalah Jenayah Syariah di Aceh The Effect of Whipping Punishment on Syariah Criminal Convicts in Acheh. E-jurnal
Hukuman sebat yang dilaksanakan menurut prinsip syariah seringkali ditohmah sebagai tidak berperikemanusiaan
serta tidak berkesan. Artikel ini mengkaji kesan hukuman sebat terhadap pesalah yang telah dihukum sebat Syariah di
Wilayah Aceh. Artikel ini mensasarkan kepada tiga objektif. Pertama, ia menganalisis prinsip dan pelaksanaan hukuman
sebat syariah. Kedua, ia turut menganalisis serta mengenal pasti kesan pelaksanaan hukuman tersebut di Wilayah
Aceh. Ketiga, ia turut mencadangkan metod pelaksanaan hukuman yang praktikal serta ideal. Secara keseluruhannya,
artikel ini adalah berasaskan kepada sebuah kajian sosio-perundangan yang dianalisis secara kualitatif. Pengumpulan
data dilakukan melalui temu bual ke atas pesalah yang telah dihukum sebat, mereka yang ada disekeliling pesalah
serta mereka yang melihat secara langsung hukuman sebat tersebut dilaksanakan. Data kemudiannya dianalisis
kandungannya secara kritis. Kaedah pemerhatian turut diguna pakai dalam analisis. Hasil kajian mendapati para
pesalah yang ditemubual mengakui merasa sangat malu kerana disebat di hadapan orang ramai. Mereka turut mengakui
merasai kesan sakit akibat sebatan yang diterima. Para pesalah serta orang yang menyaksikan pelaksanaan hukuman
sebat tersebut turut mengakui merasa insaf untuk tidak melakukan kesalahan di masa hadapan. Dapatan-dapatan
di atas sebenarnya membuktikan bahawa hukuman sebat Syariah yang dilaksanakan di Wilayah Aceh sebenarnya
berperikemanusiaan serta berkesan dalam mendidik pesalah dan masyarakat. Pelaksanaan hukuman tersebut di Aceh
sebenarnya mampu untuk menjawab tomahan yang dilemparkan serta mendidik masyarakat akan keperimanusiaan
dan keberkesanan hukuman tersebut.
Ketersediaan
P08900 | 2X4.591 | Tersedia namun tidak untuk dipinjamkan - Hilang |
Informasi Detil
Judul Seri |
-
|
---|---|
No. Panggil |
2X4.591
|
Penerbit | Islāmiyyāt: International Journal of Islamic Studies : ., 2021 |
Deskripsi Fisik |
p 79 - 92
|
Bahasa |
Indonesia
|
ISBN/ISSN |
-
|
Klasifikasi |
2X4.591
|
Tipe Isi |
-
|
Tipe Media |
-
|
---|---|
Tipe Pembawa |
-
|
Edisi |
Vol. 43(Isu Khas)
|
Subyek | |
Info Detil Spesifik |
-
|
Pernyataan Tanggungjawab |
-
|
Versi lain/terkait
Tidak tersedia versi lain